W E L C O M E !

W E L C O M E !

Friday, November 18, 2011

hujan duit syiling !

SUNGAI SIPUT : kira-kira 20 penduduk Taman Kledang disini terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak 2 hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang sehingga 9 malam turut disaksikan oleh anggota Jabatan Peratahanan Awam (JPAM), polis, serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian 'hujan duit' yang didakwa berlaku 2 hari berturut-turut menyebabkan penduduk hairan selepas melihat duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian A Abirnama, 30, berkata kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

No comments:

Post a Comment