W E L C O M E !

W E L C O M E !

Thursday, June 23, 2011

Perangai sebenar lelaki akn t'serlah selepas memiliki seseorang :)


Alam percintaan sememangnya menarik namun sekiranya tidak bijak menyesuaikan diri dengan perangai dan sikap pasangan masing-masing, besar kemungkinan hubungan akan menjadi hambar. Sewaktu proses perkenalan, mungkin setiap individu cuba mencari cara untuk mengenali diri pasangan terlebih dahulu. Mungkin masa yang diperlukan agak singkat, mungkin juga masa yang diperlukan begitu lama. Segalanya terpulang kepada hati masing-masing. Dalam percintaan, sikap saling percaya dan bertolak ansur begitu penting. Sekiranya seorang daripada pasangan kekasih gagal memenuhi sikap-sikap tersebut, hubungan mungkin akan mula menjadi tegang.


Tempoh perhubungan yang sangat manis adalah sewaktu detik perkenalan. Hakikatnya, kaum perempuan sentiasa mengingati detik perkenalan di antara perempuan dan si dia. Bagi perempuan, detik perkenalan itu terlalu indah kerana pada detik itu, lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan hati si perempuan. Teman lelaki yang bijak berkata-kata boleh dikenal pasti sewaktu detik perkenalan ini. Lelaki akan mula mengeluarkan ayat-ayat manis serta janji-janji manis yang sentiasa diimpikan oleh setiap perempuan di dalam dunia ini.

Lelaki akan sentiasa cuba mengambil hati si perempuan walaupun perempuan berulang-kali menolak lamaran si lelaki untuk menjadikannya sebagai kekasih. Namun, lelaki tidak pernah kenal istilah menyerah kalah dengan mudah lantas menyebabkan hati si perempuan terpaut dengan kesungguhan yang ditunjukkan lelaki. Hal ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perempuan sentiasa terkenangkan detik-detik perkenalan. Sebenarnya, kaum perempuan sentiasa mahukan lelaki yang romantik dan bijak mengambil hatinya. Jadi, sewaktu awal perkenalan, lelaki akan melakukan apa sahaja serta sanggup mengubah personaliti dari pendiam kepada romantik semata-mata mahu menambat hati perempuan.

Namun, setelah hubungan menjangkau 1 bulan, lelaki akan mula mengurangkan sikap romantiknya. Hal ini menyebabkan perempuan berasa tersinggung dengan perubahan yang terjadi dalam diri lelaki. Sebenarnya, apa yang perlu diketahui perempuan ialah sikap sebenar lelaki kesayangannya telah muncul. Sekiranya, pada awal perkenalan sewaktu perempuan belum sah menjadi kekasih lelaki, lelaki sentiasa menghantar SMS atau berjumpa dengannya namun setelah beberapa bulan, lelaki akan mula berdiam diri dan mengelak daripada berjumpa. Jangan salah faham. Itulah sikap sebenar lelaki. Mereka memang sayangkan kekasih namun mereka lebih suka bersikap realistik dan tidak cuba untuk menjadi plastik. Namun, hanya pada awal perkenalan sahaja, sikap plastik mereka akan terserlah.

Lelaki lebih suka menunjukkan sikap sebenar mereka awal-awal kerana mereka bukan seperti perempuan yang bijak menyembunyikan sikap sebenar. Namun, percaya atau tidak, sikap sebenar setiap individu akan mula terserlah setelah melangkah ke alam perkahwinan. Siapa yang boleh hidup dalam kehidupan plastik sehingga ke akhir hayat? Tiada! Saya nasihatkan supaya anda tidak berpura-pura menjadi orang lain semata-mata untuk menarik perhatian si dia. Hal ini akan menyusahkan diri anda kelak. Jadilah diri sendiri. Sekiranya anda seorang yang pemalas, anda masih boleh berubah. Jangan pula anda bersikap rajin di hadapannya namun di belakangnya, anda sememangnya pemalas dari segala aspek. Sudah tentu anda tidak dapat menjadi rajin setiap masa kerana itu bukan sikap sebenar anda. Bak kata orang, manusia tidak sempurna namun tidak mustahil bagi manusia untuk berubah menjadi lebih baik dan berguna, bukan? :)


Sebenarnya, lelaki tidak harus mengabaikan kekasihnya. Sikap romantik sewaktu awal perkenalan tidak harus diketepikan. Sikap tersebut perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat. Percayalah, perempuan akan sentiasa menyukai dan menyintai diri lelaki sekiranya sikap lelaki tidak berubah. Bagi perempuan pula, jangan terlalu memaksa diri lelaki untuk memahami diri anda. Lelaki dengan hidupnya dan gayanya yang tersendiri, perempuan pula dengan hidupnya dan gayanya. Namun, walaupun gaya dan hidup yang berbeza, lelaki dan perempuan boleh hidup dengan bahagia sekiranya wujud sikap saling menyayangi antara satu sama lain. :) Jadi, di sini, lebih baik perempuan cuba mengikis sikap mudah terasa hati dengan lelaki sekiranya anda ingin hubungan anda berkekalan.
 

No comments:

Post a Comment